Isnin, Mei 28, 2012

Brek Tu Skul : Trip To KayEll

Pejam celik dah nak masuk bulan keenam dan pastinya Brek Tu Skul kembali. Cikgu Ipohman buat program Lawatan ke Zoo Negara dan Istana Negara. Kali ke tiga ke Zoo dan Kali Pertama ke Istana. Rombongan dengan budak-budak bukan mudah terutama nak mengawal perangai laku masing-masing.

Tenaga budak untuk pusing satu Zoo memang tinggi, berbanding dengan Cikgu-cikgu mereka yang dah masuk aras penurunan daya stamina. Dapatlah merasa pijak istana yang selama ini aku hanya lalu melihat daripada jauh tak pun dalam TV.

Perjalanan balik daripada Masjid Negara,

"Eh..tengok tu RnR la" Strawberry Face bersuara.

Aku paling kiri

http://www.mymalaysiabooks.com/images/transport_pics/KL_lrt1.JPG

"Oooo."

*Gambar Internet

Rabu, Mei 16, 2012

Salam 16 Mei

Selamat Hari Guru

Antara Cikgu Kakashi, Master Yoda dan Cikgu Mutenroshi. Mana Cikgu paling rugged?

http://data5.blog.de/media/337/3647337_29a73820ad_m.jpeg 
gambar Google

Isnin, April 30, 2012

Ayam Apek

Cikgu M belanja satu sekolah ayam goreng KFC. Masa rehat masing-masing sibuk mengagihkan ayam pada budak-budak. Sampai kat Mat Jani.

"Kau tau ayam siapa ni?" tanya Mat Jani kepada Jiem

"Siapa punya?"

"Ayam Khairul Fahmi Che Mat" kata Mat Jani kepada Jiem.